BM | EN | 中文

Anugerah Keusahawanan Johor 2020

IMG-20200116-WA0000.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 14 JAN: Majlis Pembangunan Keusahawanan Negeri Johor (MPUNJ) akan memperkenalkan Anugerah Keusahawanan Johor 2020 (AKJ 2020) sebagai tanda galakan dan penghargaan kepada usahawan muda.

Exco Penbangunan Keusahawanan, Koperasi, Sains dan Teknologi negeri, Sheikh Umar Bagharib Ali berkata, AKJ 2020 ini mempunyai kritieria dan syarat yang ditetapkan.

“Penerima AKJ 2020 mestilah merupakan anak tempatan dan tertakluk di bawah terma dan syarat Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS).

Advertisement

“Anugerah ini merupakan pengiktirafan kepada mereka yang diharapkan dapat menjadi motivasi kepada usahawan muda yang lain,” ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada wartawan selepas menghadiri Mesyuarat Majlis Pembangunan Usahawan Negeri Johor yang diadakan di Kota Iskandar, di sini semalam.

Tambah beliau lagi, AKJ 2020 melibatkan dua kategori usahawan PKS iaitu pembuatan dan perkhidmatan.

Advertisement

“Setiap kategori terdiri daripada dua peringkat iaitu kecil dan sederhana sebagaimana yang ditetapkan oleh PKS.

“Poses pencarian penerima AKJ 2020 ini akan dijalankan melalui proses pemilihan bersama anggota MPUNJ di mana majlis penganugerahan akan dilaksanakan pada Oktober 2020,” katanya lanjut.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top