BM | EN | 中文

ANUGERAH BUAT ‘WIRA TAK DIDENDANG’

tunku-idris-iskandar.jpg

JOHOR BAHRU, 24 OKT: Anugerah Wira Sosial Iskandar Malaysia (Imsha 2019) menyampaikan anugerah kepada 20 penerima atas sumbangan mereka kepada komuniti dan masyarkat setempat.

Pengerusi Imsha Thanam Visvanathan Suresh berkata, menerusi anugerah tersebut, pihaknya berharap dapat mengenengahkan nilai kesukerelawan dalam pelaksanaaan tanggungjawab terhadap komuniti.

Ia juga bertujuan mengiktiraf dan menyokong usaha yang dijayakan ‘wira-wira yang tak didendang’ atau ‘unsung heroes’ ini.

“Anugerah ini bertujuan untuk mengiktiraf CSO, NGO, organisai berasaskan-kepercayaan (FBO), individu-individu serta syarikat kerana usaha mereka dalam membantu memenuhi kehendak komuniti,” katanya dalam satu kenyataan.

Imsha merupakan inisiatif tahunan diterajui komuniti dan dipacu penerbitan The Iskandarian dan Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA).

Pada tahun keenam anugerah kali ini, Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar Sultan Ibrahim berkenan merasmikan majlis tersebut di Pulai Springs Resort, baru-baru ini.

Penerima anugerah tersebut diambil dari kalangan 301 pencalonan yang diterima daripada orang ramai dan dinilai berdasarkan sistem penilaian impak sosial yang dipantau SIRIM.

Dianjurkan buat tahun keenam, Imsha 2019 menyaksikan penerima dibawah 11 kategori, 10 untuk individu, sembilan untuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta organisasi masyarakat sivil (CGO) dan satu syarikat di bawah kategori tanggungjawab sosial korporat (CSR).

Antara 11 kategori tersebut merangkumi usaha perlindungan haiwan dan hidupan liar, bantuan bencana, keselamatan awam, kemajuan pendidikan, pengawalan serta perlindungan alam sekitar.

Kategori lain ialah perkhidmatan kesihatan, pemberdayaan manusia, bantuan untuk kemiskinan dan kelaparan, CSR serta inovator sosial, seni dan budaya.

Pencalonan bagi tahun ketujuh telah dibuka dan orang ramai yang ingin menghantar nama calon boleh melayari www.theiskandarian.com atau Facebook rasmi Iskandar Malaysia Social Hero Awards.

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top