BM | EN | 中文

Anjur program dalam tempoh PKP, pemuda PAS tiada sensitiviti

Serudin-Soud.jpg
Advertisement

BATU PAHAT, 15 JAN: Pemuda Pas didakwa tidak menghormati PKP apabila mengadakan program derma darah di Tesco Batu Pahat.

Timbalan Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (AMANAH) Johor, Serudin Soud menegaskan tindakan itu dilihat membelakangkan rakyat di negara ini.

Katanya, dalam keadaan rakyat ditimpa kesulitan, Pas Johor khususnya mengambil pendekatan yang langsung tidak mementingkan sensitiviti rakyat.

Advertisement

“Rakyat dalam kesusahan akibat PKP yang dilaksanakan janganlah Pas membuat perkara yang tidak munasabah.

“Perlulah menghentikan progran itu walau telah disusun dari awal. Banyak lagi persatuan dan parti politik yang membatalkan program mereka disaat akhir kerana menghormati rakyat.

“Perlu diingat rakyat semakin tertekan hari ini dan tidak patut Pas menggunakan kesempatan untuk mengadakan program tersebut,” tegasnya.

Advertisement

Dalam pada itu, beliau turut menyelar tindakan Pas yang bukan sahaja membuat program tersebut ketika PKP malah mengadakan siaran secara langsung di ‘facebook’ rasmi mereka.

Tambahnya, kerajaan perlu mengambil tindakan kerana arahan SOP PKP meletakkan syarat untuk tidak mengadakan program sosial secara berkelompok.

“Pihak berkuasa perlu mengambil tindakan kepada penganjur progran tersebut serta ahli yang terbabit kerana ia telah melanggar SOP PKP yang ditetapkan.

Advertisement

“Jangan ada sikap ‘double standard’ dalam hal ini. Tindakan perlu segera diambil dan sekiranya pihak berkuasa masih ragu boleh rujuk ‘live facebook’ mereka.

“Program tersebut jelas menguris hati rakyat apatah lagi mereka yang terkesan dengan PKP yang dikuatkuasakan ini,” tegasnya lagi.

Johorkini

Advertisement

 

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top