BM | EN | 中文

‘Anjing liar tak dibunuh, ia dilepaskan’ – Adun Kota Iskandar

dzulkefly-ahmad-anjing-liar-mbip.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 28 SEPT: Adun Kota Iskandar, Sr Dzulkefly Ahmad menjelaskan bahawa anjing liar yang ditangkap Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) dalam operasi baru-baru ini tidak dibunuh.

Beliau mengulas perkera itu selepas tular di media sosial operasi penangkapan anjing liar berkenaan yang mengganggu penduduk di kawasan Gelang Patah.

“Saya agak terkejut dengan respon dari pembaca dan ada yang membuat andaian bahawa pihak MBIP membunuh anjing berkenaan selepas ditangkap.

Advertisement

“Saya menolak sama sekali dakwaan tersebut kerana anjing liar tersebut telah dilepaskan di kawasan lain.

“Sebelum ini saya mendapat maklum bahawa terdapat aduan kepada pihak saya untuk membuat penangkapan terhadap anjing berkenaan. Anjing liar tersebut didakwa membahayakan keselamatan penduduk sekitar dan juga ternakan mereka seperti ayam.

“Saya sebagai wakil rakyat harus menjalankan tugas saya untuk menyelesaikan permasalahan tersebut dan kita tidak boleh dengan membiarkan perkara ini dari terus berlaku tanpa penyelesaian,” ujarnya.

Advertisement

Beliau turut menyatakan bahawa pihaknya boleh berkerjasama dengan pihak pencinta haiwan itu untuk mengambil langkah bagi menyelesaikan permasalahan tersebut.

“Saya alukan mereka pencinta haiwan ini datang bertemu dengan saya dalam usaha memberi pandangan dan buah fikiran dalam menyelesaikan permasalahan anjing liar ini.

“Kita tidak mahu mereka menuduh dengan pelbagai dakwaan sehingga menimbulkan pelbagai persepsi negatif dalam operasi ini.

Advertisement

“Saya bersedia untuk berunding dengan wakil-wakil mereka sekiranya perkara ini berlarutan. Sebaiknya perbincangan boleh dilakukan sama ada mereka bersedia untuk membantu menjaga anjing liar berkenaan atau sebagainya,” ujarnya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top