BM | EN | 中文

Anggota polis, remaja didakwa di mahkamah JB kerana mengedar dadah

Lans-Koperal-remaja-edar-ekstasi-berdepan-hukuman-gantung-johor.jpeg

Gambar Ehsan Utusan Online

Advertisement

JOHOR BAHRU, 4 OKT: Seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal dan seorang remaja berdepan hukuman gantung sampai mati selepas dituduh terlibat mengedar dadah pada 23 September lalu.

Tertuduh, C. Harethaess, 27, yang bertugas di sebuah balai polis di Negeri Sembilan dan P. Darshan, 19, yang bekerja sebagai pemandu sambilan mengangguk tanda faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret, Suhaila Shafi’uddin.

Berdasarkan kertas pertuduhan, kedua-dua mereka didakwa secara bersama telah mengedar dadah jenis ekstasi seberat 181.95 gram.

Advertisement

Mereka didakwa melakukan perbuatan itu di tempat letak kenderaan berhadapan sebuah pusat penjagaan kesihatan di Kota Southkey, di sini pada pukul 9.45 malam, 23 September lalu.

Bagi perbuatan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39B(2) akta sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Jika sabit bersalah, kedua-duanya boleh dikenakan hukuman gantung sampai mati.

Advertisement

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Aina Syakira Muhammad Syafiq Sim.

Terdahulu, Utusan Online melaporkan Darshan diwakili barisan peguam, Muhammad Firdaus Adnan, Muhamad Wafiq Hadie dan Amer Ashrhaf Azuddin manakala Harethaess tidak diwakili peguam.

Mahkamah kemudian menetapkan tarikh 5 Disember ini untuk sebutan semula kes bagi serahan laporan kimia manakala kedua-dua tertuduh tidak dibenarkan diikat jamin.

Advertisement

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top