BM | EN | 中文

Anggota polis ditemui mati tergantung atas pokok dekat Kota Tinggi

Anggota-polis-ditemui-mati-tergantung-atas-pokok.jpg

Gambar Ehsan FB BahNews - Aduan Orang Kita

Advertisement

KOTA TINGGI, 4 JUN: Seorang anggota polis ditemui mati tergantung di atas pokok di tepi sungai berhampiran Taman Kanak-Kanak, Kota Tinggi di sini semalam.

Mayat anggota berpangkat Koperal itu ditemui pada pukul 12.55 tengah hari tergantung pada dahan sebatang pokok oleh orang awam.

Kosmo melaporkan, mangsa yang berusia 30 tahun itu merupakan anggota polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi.

Advertisement

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor, Datuk Md. Yusof Ahmad berkata, hasil bedah siasat yang dijalankan mendapati tiada kecederaan atau unsur-unsur jenayah ke atas badan mangsa.

“Siasatan kita juga mendapati mangsa yang berasal daripada Kuching, Sarawak dipercayai membunuh diri selepas mengalami kemurungan.

“Mangsa juga pernah mendapatkan rawatan psikiatri di hospital berhubung masalah kesihatan yang dialaminya,”katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Advertisement

Md. Yusof berkata, siasatan lanjut berhubung punca mangsa bertindak demikian masih dijalankan dan setakat ini polis klasifikasikan kes sebagai mati mengejut.

Ujarnya, jenazah akan dibawa pulang ke kampung halamannya di Kuching, Sarawak untuk dikebumikan hari ini. – K! ONLINE

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top