BM | EN | 中文

Anggota bomba maut terlibat kemalangan di Kulai

IMG-20200131-WA0014.jpg
Advertisement

KULAI, 31 JAN: Seorang anggota bomba maut selepas motosikal ditunggangnya terlibat dalam sebuah kemalangan di Jalan Felda Inas menghala arah Kulai, di sini pagi hari ini.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Kulai, Mohd Khairi Zainudin berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 7.54 pagi.

“Setibanya di lokasi, didapati sebuah motosikal telah terbakar akibat terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta jenis Proton Persona.

Advertisement

“Penunggang motosikal yang juga merupakan seorang anggota bomba dan berkhidmat di BBP Bandar Baru di sini disahkan maut di tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Tambah beliau, mangsa yang maut adalah Mohd Haitimi Ahmad, 31, manakala pemandu kenderaan turut cedera. Operasi kemudian ditamatkan pada jam 11.04 pagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top