BM | EN | 中文

ANAK TG PIAI DI PERANTAUAN DISERU BALIK MENGUNDI

IMG-20191109-WA0017.jpg

 

PONTIAN, 9 NOV: Anak-anak Tanjung Piai di perantauan, khususnya yang bekerja atau belajar di luar dari kawasan parlimen ini diseru menjalankan tanggungjawab mereka sebagai pengundi dalam pilihanraya kecil (PRK) Tanjung Piai, 16 November nanti.

Pengarah jentera pemuda Pakatan Harapan bagi PRK Tanjung Piai, Shaiful Rizal berkata, setiap undian dapat membantu Haji Karmaine Sardini, pemimpin berwibawa anak tempatan yang boleh membawa suara mereka ke Parlimen.

Shaiful Rizal

“Kepada pengundi Tanjung Piai yang berada di luar, terutamanya anak muda diseru untuk balik mengundi dan sama menyokong calon kiita daripada Pakatan Harapan (PH).

“Calon kita, nombor empat (4) Haji Karmaine Sardini, seorang yang hebat dan terbaik untuk bawa suara kita ke parlimen,” kata Shaiful ketika ditemui di pusat daerah mengundi (PDM) Tenggayun, baru-baru ini.

Dalam pada itu kata Shaiful, gerak kerja jentera pemuda PH sepanjang PRK kali ini dalam keadaan terbaik.

“Alhamdulillah jentera kita bersiap sedia. Dari segi pasukan keselamatan, gerak gempur dan edaran risalah kita dapat laksanakan dengan baik.

“Pasukan penceramah (pemuda) ada. Selain itu pemuda juga ke lapangan-lapangan dan PDM untuk mengambil tahu sekiranya ada masalah untuk diselesaikan dan semua berjalan lancar.

“Kita berharap semua jentera pemuda PH sentiasa bersedia agar segala perancangan dapat berjalan dengan baik sehingga hari pengundian,” kata Shaiful lagi.

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top