BM | EN | 中文

Anak syarikat Kimlun rancang beli tanah di Plentong, Johor Bahru berharga RM40.5 juta

KimLun.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 5 JAN: Anak syarikat tidak langsung Kimlun Corporation Bhd, Kii Melodia Sdn Bhd, bercadang untuk membeli dua bidang tanah komersial di Plentong, Johor Bahru daripada Seri Alam Properties Sdn Bhd bernilai RM40.5 juta.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, Kimlun berkata Kii Melodia memeterai Perjanjian Jual dan Beli dengan Seri Alam Properties pada 4 Jan, 2021, bagi pembelian dua bidang tanah di Bandar Seri Alam masing-masing berkeluasan 2.43 hektar dan 2.02 hektar.

Kedua-dua plot komersial tersebut merupakan pegangan kekal, kosong dan tidak diduduki setinggan serta tiada sebarang bebanan.

Advertisement

“Cadangan pembelian ini memberi peluang kepada kumpulan untuk menambah jumlah simpanan tanahnya di lokasi strategik bagi meningkatkan hasil dan pendapatan pada masa depannya. Kii Melodia merancang untuk membina hartanah komersial di dua bidang komersial itu untuk dijual,” kata Kimlun.

Bandar Seri Alam terletak kira-kira 20 kilometer melalui jalan raya dari pusat bandar Johor Bahru.

Bernama

Advertisement

 

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top