BM | EN | 中文

Anak Osman Sapian tekad teruskan perjuangan bapa

datuk_osman_sapian_bernama.jpg

JOHOR BAHRU, 23 DIS: Anak kepada Allahyarham Datuk Osman Sapian, Nornekman bertekad meneruskan perjuangan arwah bapanya dalam memberikan perkhidmatan kepada masyarakat khususnya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kempas.

Nornekman yang merupakan anak sulung Allahyarham memberitahu, sejak kecil dia dan adik beradiknya didedahkan kepada kerja-kerja kemasyarakatan.

Nonekman Osman Sapian

“Kami memang sentiasa didedahkan untuk memberikan khidmat kepada masyarakat, jadi Insya-Allah saya akan meneruskan perjuangan beliau.

“Ribuan terima kasih kepada semua pihak yang mendoakan untuk arwah dan yang mengadakan kenduri doa selamat buatnya,” katanya, lapor Utusan Online.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas selesai majlis pengebumian di Tanah Perkuburan Islam Ar-Raudhah, Taman Mount Austin di sini, semalam.

Bekas Menteri Besar Johor itu menghembuskan nafas terakhir di kediaman anaknya di Damansara, Kuala Lumpur pada pukul 11.45 malam tadi.

Sementara itu, Nornekman berkata, Allahyarham menunjukkan perkembangan positif selepas sepanjang dua bulan menerima rawatan di hospital berkenaan.

“Sepanjang dua bulan ada perkembangan positif, dah boleh buka mata serta ada reaksi. Apabila dibawa balik ke rumah beliau kelihatan ceria sebab sudah lama tidak melalui suasana di rumah, namun selepas Asar semalam keadaan kesihatan beliau sedikit merosot,” ujarnya.

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top