BM | EN | 中文

Anak muda perlu juarai isu alam sekitar, pendidikan, hak asasi manusia – Dr Maszlee

maszlee-parlimen-digital.jpg

Ahli parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik (tengah) dalam pertemuan bersama anak muda dan peserta Parlimen Digital

Advertisement

KLUANG, 8 JUL: Anak muda sebagai pelapis pimpinan negara pada masa akan datang perlu menjadi barisan hadapan untuk memberi penerangan kepada masyarakat berhubung isu antaranya seperti alam sekitar, pendidikan dan hak asasi manusia.

Ahli parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik berkata, selain itu penyertaan anak muda dalam gerakan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) adalah penting bagi membincangkan senario terkini politik negara dan hal berkait ekonomi dan isu-isu yang menekan masyarakat.

“Saya fikir dua isu, penyertaan anak muda dan isu yang menekan masyarakat ini penting.

Advertisement

“Hari ini anak muda paling kehadapan jika dilihat dari sisi partisipasi sosial. NGO dan gerakan sosial kebanyakannya digembleng anak muda.

“Dari isu alam sekitar, isu pendidikan malah sehingga isu hak asasi manusia, suara anak muda adalah suara yang dominan.

“Manakala pasca COVID-19 pula, tekanan ekonomi kepada warga M40 dan B40 boleh membawa tekanan lain seperti tekanan psikologi dan tekanan sosial.

Advertisement

“Anak muda harus segera melihat isu-isu yang berkaitan dan mula segera memberi suara kepada warga yang tertekan ini,” kata Maszlee dalam satu kiriman di laman Facebook beliau.

Beliau terdahulu bertemu beberapa wakil peserta dari inisiatif Parlimen Digital yang dianjurkan tiga organisasi politik belia iaitu Challenger Malaysia, Undi18 dan Liga Demokratik Malaysia.

“Saya menanti masa lain untuk menyambung pembicaraan dengan anak muda ini lagi. Seronok berdiskusi.

Advertisement

“Dan kita harus cari cara bagaimana menukarkan diskusi ini kepada aksi massa, Parlimen Digital misalnya,” kata Maszlee

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top