BM | EN | 中文

Anak muda perlu bersedia, corak masa depan politik negara

aminolhuda-10.jpg

Aminolhuda Hassan

Advertisement

MUAR, 14 JUL: Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) negeri Johor, Aminolhuda Hassan berkata, anak muda perlu bersedia untuk mencorak masa depan politik di negeri ini.

Katanya, seluruh pemuda parti Pakatan Harapan (PH) dan anak muda lainnya perlu menjadi barisan hadapan dalam memartabatkan mandat rakyat sama ada di negeri Johor mahupun di Malaysia.

“Anak muda perlu bersedia untuk menjadi barisan hadapan dalam segala isu serta menjadikan tokoh lama sebagai rujukan kerana pengalaman yang ada pada mereka.

Advertisement

“Tiba masanya pelapis boleh menonjolkan potensi mereka dalam mencatur politik semasa dan pertemuan dengan Ahli Parlimen Muar ini sebagai langkah mendengar pandangan anak muda hari ini di negara ini.

“Saya melihat di Johor terdapat ramai anak muda yang berpotensi untuk diketengahkan dan kita mahu mereka bersedia untuk sebarang kemungkinan yang berlaku dalam politik hari ini,” katanya selepas pertemuannya dengan ahli parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Dalam pada itu, beliau yang merupakan Adun Parit Yaani memuji pendirian anak muda seperti Syed Saddiq yang berani menyatakan pendirian terhadap kerosakan demokrasi yang berlaku hari ini.

Advertisement

“Ini demi masa depan dan apa yang berlaku adalah kerosakkan demokrasi disebabkan mereka yang tamak. Tugas anak muda adalah untuk menunjukkan sikap agar demokrasi di negara ini kembali pada landasan yang betul.

“Sememangnya tindakan pemuda PH dan Syed Saddiq ini boleh dipuji kerana mereka mahu masa depan demokrasi suara rakyat ini terus dimartabatkan di masa depan.

“Hari ini rakyat atau anak muda sedang mendahagakan suara berani seperti yang ditonjolkan oleh pemuda PH dan Syed Saddiq di negeri ini. Pemuda harus bersedia,” katanya lagi.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top