BM | EN | 中文

“Anak muda hilang kerja, apa Exco Belia Johor buat?

onn-hafiz-layang-layang.png

Exco Pelancongan, Belia dan Sukan Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi

Advertisement

PONTIAN, 4 JUN: Exco Pelancongan, Belia dan Sukan Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi seolah-olah tidak proaktif untuk membantu menyelesaikan isu kehilangan pekerjaan yang dihadapi anak muda di negeri ini.

Zainuzabha Baharom

Naib Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) Johor, Zainuzabha Baharom berkata, Onn Hafiz perlu memberi perhatian kepada kedudukan ekonomi belia di negeri ini yang semakin parah akibat hilang punca pendapatan.

“Belia semakin tersepit. Di mana tindakan kerajaan melihat nasib mereka?

Advertisement

“Kerajaan dilihat lemah dalam menyediakan peluang serta pembelaan kepada golongan belia. Kita persoalkan kerana melalui maklumat terdapat lebih setengah juta belia yang terkesan hilang punca pendapatan di negara ini.

“Apa yang terjadi, ada belia di negeri ini yang dibuang kerja atau dinasihatkan berhenti,” katanya ketika dihubungi.

Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) dalam satu kenyataan Mei lalu menjangka lebih 2 juta akan kehilangan pekerjaan termasuk lepasan baru universiti dan 610,000 yang menganggur sebelum Mac tahun ini.

Advertisement

Manakala semalam Menteri Besar Johor Datuk Hasni Mohammad berkata, tinjauan Tenaga Buruh Malaysia oleh Jabatan Perangkaan Malaysia merekodkan kadar pengangguran di Johor pada suku pertama tahun ini mencecah 3.2 peratus.

Ia merupakan peningkatan 0.5 peratus berbanding suku keempat tahun 2019.

Menurut Jabatan Perangkaan, kadar pengangguran pada 2020 boleh mencecah sehingga 5.5 peratus.

Advertisement

Untuk rekod, kadar pengangguran tertinggi yang pernah direkodkan Malaysia ialah pada tahun 1986 iaitu 7.4 peratus,

Justeru itu kata Zainuzabha kerajaan Johor perlu segera menyediakan kaedah bagi menyelamatkan golongan tersebut.

Dalam pada itu katanya Onn Hafiz jangan hanya pandai bersuara sebaliknya menjalankan tanggungjawab yang dipikul.

Advertisement

“Beliau hanya pandai berhujah soal politik, namun sehingga hari ini usaha menyelamatkan belia tidak diperhatikan.

“Kita tidak mahu nasib belia hanya diperjuangkan untuk kepentingan politik Exco tersebut tanpa menghiraukan keadaan sebenar yang melanda belia.

“Kita mendesak agar kerajaan memberi fokus secara berterusan tentang permasalahan ini. Kerajaan usah sibuk mencatur kuasa dengan rakyat terus dipergunakan untuk menyelamatkan diri mereka sahaja,” kata Zainuzabha lagi.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top