BM | EN | 中文

ANAK MUDA BERINOVATIF DIGALAK MULA PERNIAGAAN

IMG-20191109-WA0026.jpg
Advertisement

 

PONTIAN, 9 NOV : Kerajaan menggalakkan anak muda berinovatif untuk memulakan perniagaan, terutamanya bagi jenis perniagaan berteraskan teknologi.

Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (Mestecc) Yeo Bee Yin berkata, ini kerana kebanyakan perniagaan di peringkat permulaan yang berteraskan teknologi ternyata mampu menjana pendapatan.

Advertisement

“Melalui Belanjawan 2020 yang dibentangkan bulan lalu, kerajaan memperuntukkan RM20 juta untuk menjalankan program Cradle Fund.

“Cradle Fund merupakan agensi di bawah Mestecc dimana ia menjadi platform untuk pemberian geran selain membantu membangunkan usahawan-usahawan teknologi,” katanya.

Beliau berkata usahawan yang mendapat manfaat ini termasuklah mereka yang membuat perisian, robot, drone dan lain-lain produk berkaitan.

Advertisement

“Melalui program Cradle Fund ini, kita juga perlu melatih anak-anak muda terutamanya mereka yang lebih kreatif dan inovatif,” katanya.

Tambahnya, dengan adanya lebih ramai usahawan berteknologi tinggi, maka lebih banyak peluang pekerjaan yang boleh diwujudkan di negara ini.

“Banyak usaha dan insentif kerajaan untuk golongan muda di negara ini. Secara keseluruhannya, kerajaan berhasrat untuk terus mendorong golongan ini dalam usaha untuk memulakan perniagaan yang berteraskan teknologi,” katanya.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top