BM | EN | 中文

Anak Johor juara, naib juara sukan ‘stand up paddle’ sempena Pulau Kita Day di Tioman

Anak-Johor-juara-naib-juara-acara-stand-up-paddle-Pulau-Kita-Day-di-Tioman.jpg
Advertisement

KOTA TINGGI, 5 OKT: Dua remaja dari Johor menjadi johan dan naib johan dalam pertandingan ‘stand up paddle’ sempena karnival ‘Pulau Kita Day’ di Pulau Tioman, baru-baru ini.

Dalam pertandingan itu, kedua remaja tersebut, Amin dan Hanif menjadi johan dan naib johan dalam kategori ‘stand up paddle race’ bagi kategori terbuka individu remaja lelaki bawah 17 tahun.

Lebih menarik, kedua mereka merupakan peserta dari program pembangunan Sukan Luncur Ombak khusus untuk murid-murid dari Sekolah Kebangsaan Sedili Kecil (SKSK), Kota Tinggi dengan kerjasama Kelab Luncur Ombak Sempoiboogie (Sempoiboogie).

Advertisement

Menurut pengasas Sempoiboogie, Mohamad Aminullah Rahmat, kemenangan dalam pertandingan itu membuktikan sukan seperti luncur ombak memiliki masa depan, lebih-lebih lagi ia juga telah dipertandingkan di peringkat Sukan SEA di Filipina sebelum ini.

Beliau sebelum ini ketika ditemui berkata, anak-anak muda dan pelajjar sekolah terutamanya dari kawasan Sedili Kechil dan sekitar daerah Kota Tinggi memiliki bakat dan berpotensi untuk dibangunkan terutamanya dalam kategori sukan air seperti luncur ombak, ‘stand up paddle’ dan perahu layar.

“Untuk berjaya dalam sukan ini, ia mengambil masa dan dorongan dari semua pihak.

Advertisement

“Kita boleh perhatikan, ada di kalangan atlet dari sukan jenis ini memiliki peluang untuk mengembangkan potensi mereka.

“Sebahagian daripada mereka turut menyertai kejohanan sukan ini pada peringkat antarabangsa di luar negara.

“Malah ada di kalangan mereka juga mendapat tajaan dari pelbagai jenama sukan,” katanya ketika ditemui Johorkini, baru-baru ini.

Advertisement

Namun katanya kerjasama dari pelbagai pihak terutamanya ibu bapa, pihak berwajib di peringkat tempatan dan nasional, serta badan sukan dan penaja juga adalah penting bagi pembangunan sukan tersebut.

Aminullah menambah, kawasan Kota Tinggi seperti di pantai Tanjung Buloh dan Tanjung Balau merupakan lokasi yang sesuai bagi sukan tersebut di negeri ini.

Justeru adalah tidak menghairankan apabila lokasi itu dipenuhi peminat sukan ekstrem itu, terutamanya ketika tiba musim monsoon pantai timur pada setiap tahun.

Advertisement

Difahamkan, satu siri pertandingan luncur ombak bakal diadakan bagi peringkat sekolah sekitar November nanti sebagai medan pendedahan sebelum menyertai pertandingan di luar.

Manakala menurut maklumat terkini, siri latihan sukan ‘stand up paddle’ dan luncur ombak (surfing) akan diadakan pada 17 Oktober nanti.

Kepada mereka yang berminat untuk menyertai latihan, memberikan sokongan mahupun menaja program pembangunan sukan ini boleh mendapatkan maklumat melalui pautan berikut facebook.com/sempoiboogie. 

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top