BM | EN | 中文

ANAK JOHOR HARUMKAN NAMA MALAYSIA DALAM KEJOHANAN ANTARABANGSA

News-27-9-08-2.46pm.jpg
Advertisement

ISKANDAR PUTERI, 8 SEPT: Tiga mahasiswa Johor berjaya mengharumkan nama negara di peringkat Antarabangsa dalam pertandingan World Skills Competition (WSC) yang berlangsung di Kazan, Rusia, bulan lepas.

Cabaran negara dalam kejohanan yang melibatkan kemahiran dalam jurusan teknikal dan vokasional tersebut dipikul oleh tiga anak muda , Chuan Chuan You, Muhammad Amierul Aliff Abd Aziz, serta Haziq Fauzi Abdul Jalil , yang turut menerima anugerah ‘Medallion of Excellence’ dalam pertandingan dwi-tahunan tersebut.

Chuan You 22, merupakan penuntut Universiti Teknikal Melaka (UTeM), dan Muhammad Amierul, 21, menerima pendidikan dari GiatMara Kota Tinggi, , manakala Haziq Fauzi, 20, merupakan pelajar Universiti Kuala Lumpur Malaysia- France Institute di Muar.

Advertisement

Kerajaan negeri turut menyumbangkan RM1,000, plak serta sijil penghargaan kepada ketiga-tiga peserta, yang disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sumber Manusia, Sains dan Teknologi Johor, Aminolhuda Hassan, dalam satu pertemuan di pejabatnya, di sini, hari ini.

Dalam pertemuan sama, Aminolhuda turut menyampaikan plak dan sijil penghargaan kepada dua lagi peserta kejohanan sama, iaitu Nur Alya Nabihah Mohd Zaidi dan Nur Qistina Batrisyia Mohd Zaki, pelajar Sekolah Tun Fatimah (STF) yang kedua-duanya berusia 16 tahun.

Adun Parit Yaani itu berkata insentif yang diberikan hari ini merupakan penghargaan dari kerajaan negeri kepada pelajar-pelajar terbabit, yang turut membawa nama Johor ke pertandingan tersebut.

Advertisement

“Sumbangan RM1,000 kepada pelajar yang mendapat Medallion of Excellence sebagai tanda kebanggaan di atas usaha yang gigih yang ditunjukkan mereka hingga ke peringkat antarabangsa.

“Manakala, dua lagi pelajar dari STF pula, kita turut beri sijil dan plak penghargaan kepada mereka kerana turut sama berjaya mewakili negara.

“Diharap sumbangan yang diberikan kerajaan Johor pada hari ini dapat memberi galakan kepada pelajar lain di masa akan datang.

Advertisement

“Kerajaan Johor sememangnya amat menggalakkan pelajar-pelajar supaya terlibat dalam pertandingan di peringkat dunia termasuk negeri dan kebangsaan untuk mengetengahkan bakat dan kebolehan masing-masing,” katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top