BM | EN | 中文

Anak gajah sesat di Kota Tinggi diselamatkan Perhilitan

Anak-gajah-sesat-di-Kota-Tinggi-diselamatkan-Perhilitan.jpg

Seekor anak gajah yang sesat di Kota Tinggi diselamatkan Perhilitan (Gambar Ehsan Jabatan Perhilitan Semenanjung Malaysia)

Advertisement

KOTA TINGGI, 16 JUL: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Johor berjaya menyelamatkan seekor anak gajah di Batu 7, Jalan Kota Tinggi-Mersing di sini.

Perhilitan melalui kenyataan di laman Facebook rasmi pada 14 Julai memberitahu penemuan anak gajah itu hasil makluman orang awam kelmarin.

“Anak gajah tersebut dipercayai telah tersesat dan terpisah daripada kawanan dan telah berjaya diselamatkan kira-kira jam 6.00 petang hari yang sama oleh Unit Tangkapan Gajah (UTG) Johor.

Advertisement

“Pemeriksaan kesihatan mengesahkan bahawa haiwan itu berada dalam keadaan sihat dan cergas.

KLIK untuk sertai kumpulan telegram Johorkini

“Anak gajah tersebut kemudiannya telah dihantar ke Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (PKGK) Kuala Gandah, Pahang hari ini untuk tujuan pemulihan,” menurut kenyataan tersebut.

Advertisement

Dalam pada itu, Jabatan Perhilitan turut mengucapkan ribuan terima kasih atas maklumat yang telah disalurkan oleh orang awam berkenaan penemuan anak gajah tersebut.

Jabatan Perhilitan turut mengingatkan orang ramai agar sebarang maklumat dan aduan berkaitan hidupan liar boleh disalurkan ke talian hotline iaitu 1800-88-5151.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top