BM | EN | 中文

Anak gajah mati ditemui dalam sungai dekat Kluang

Anak-gajah-mati-dalam-sungai-di-Kluang.jpeg

Gambar Ehsan Utusan Online

Advertisement

KLUANG, 11 JUL: Seekor anak gajah betina ditemukan mati di dalam Sungai Bahai berhampiran Kampung Orang Asli Sungai Peroh, di sini malam tadi.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Johor, Aminuddin Jamin berkata, penduduk menyedari bangkai itu berada di dalam sungai berkenaan kira-kira pukul 9 malam.

“Sebaik sahaja mendapat maklumat daripada penduduk dan melalui siasatan awal mendapati gajah tersebut sudah mati kira-kira dua minggu lalu sebelum ditemukan di sungai tersebut.

Advertisement

“Punca kematian sama ada lemas atau sebab lain akan diketahui selepas bedah siasat dilakukan yang akan dilakukan segera,” katanya, lapor Utusan Online.

Kata Aminuddin, gajah berkenaan dipercayai datang dari kawasan hutan berhampiran dan bangkainya akan ditanam selepas bedah siasat dilakukan.

Dalam pada itu, tular di media sosial mengenai kehadiran sekumpulan gajah di sekitar Kampung Sri Timur, di sini sejak beberapa hari lalu dipercayai berlegar untuk mencari makanan sehingga memusnahkan tanaman penduduk kampung.

Advertisement

Selain itu, kampung berkenaan juga terletak di dalam laluan haiwan berkenaan.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top