BM | EN | 中文

Anak-anak orang Asli Kota Tinggi terima sumbangan kelengkapan sekolah

IMG-20191230-WA0001.jpg

Intan Jawahir (duduk, empat dari kiri) bersama anak-anak Orang Asli yang menerima sumbangan kelengkapan persekolahan

KOTA TINGGI, 30 DIS: Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Panti menyampaikan sumbangan berupa kelengkapan persekolahan kepada kanak-kanak terdiri daripada masyarakat orang asli.

Penyelaras DUN Panti, Intan Jawahir berkata, sumbangan itu membabitkan seramai 147 kanak-kanak berusia antara empat hingga 12 tahun.

Katanya, tujuan utama program tersebut adalah untuk membantu meringankan beban keluarga yang memiliki anak bersekolah.

“Kerajaan negeri sentiasa mengambil berat akan keperluan rakyatnya, termasuklah masyarakat orang asli.

“Kami berharap dengan sumbangan kelengkapan persekolahan ini, kanak-kanak terlibat akan lebih bersemangat dan dapat menumpukan perhatian kepada pembelajaran,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Jom Kembali Ke Sekolah Bersama Anak-Anak Orang Asli di Sekolah Kebangsaan (SK) Sayong Pinang, di sini semalam.

Turut hadir, Guru Besar SK Sayong Pinang, Azmi Wahid dan Tok Batin Sayong Pinang, Majid Jantan.

Tambah Intan, Pusat Khidmat Masyarakat DUN Panti telah menyampaikan sumbangan kepada lebih 300 pelajar yang memerlukan dalam kawasan pentadbirannya.

“Selain itu, kami juga berharap ibu bapa akan bekerjasama dengan pihak sekolah untuk memastikan anak-anak mereka berjaya mencatat kejayaan dalam bidang akademik,” ujarnya.

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top