BM | EN | 中文

‘Anak-anak Melaka diseru pulang mengundi selamatkan Melaka’

low-chee-leong.jpg
Advertisement

MELAKA, 14 NOV: Calon kerusi Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Laksamana, Low Chee Leong menyeru anak-anak Melaka yang bertugas di luar Melaka untuk pulang mengundi demi menyelamatkan Melaka.

Chee Leong berkata, beliau menaruh peluang yang besar supaya Pakatan Harapan (PH) dapat membentuk kerajaan baharu di negeri Melaka sekaligus mengembalikan mandat rakyat yang diberikan dalam Pilihan Raya Umum ke-14 lalu.

“Anak-anak Melaka yang bekerja dan bertugas di luar Melaka, jom balik ke kampung sayangku Melaka untuk mengundi dan menyelamatkan Melaka,” katanya, lapor Roketkini.

Advertisement

Mengulas lanjut, Chee Leong menggariskan lima perkara yang akan dilaksanakannya jika beliau memenangi kerusi DUN Kota Laksamana.

Beliau berkata, lima perkara itu merangkumi:

1. Melaksanakan pelan tindak penebatan banjir kilat di Melaka khususnya di Bandaraya Melaka dan dalam DUN Kota Laksamana

Advertisement

2. Melaksanakan projek Kad Sihat Melaka

3. Memberi keutamaan kepada kebajikan, kesihatan, dan projek mesra rakyat

4. Memastikan keutamaan pendidikan kepada semua lapisan masyarakat tanpa ada yang tercicir

Advertisement

5. Merangsangkan pelbagai bidang ekonomi khususnya sektor pelancongan yang membawa manfaat kepada ekonomi rakyat setempat.

Oleh itu, Chee Leong menyeru agar semua pengundi Kota Laksama keluar mengundi pada 20 November nanti dan berjanji untuk terus menggalas amanah yang diberikan dengan jujur dan ikhlas jika diberi peluang untuk terus berkhidmat.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top