BM | EN | 中文

AMY SEARCH HANGATKAN PEMBUKAAN HARD ROCK HOTEL DESARU COAST 28 SEPT

rock-cafe.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 5 SEPT: Sambutan pembukaan rasmi Hard Rock Hotel Desaru Coast di Johor pada 28 Sept ini akan dimeriahkan dengan persembahan bertenaga daripada lagenda rock Malaysia, Amy Search.

Parti Pembukaan Rasmi akan menampilkan acara ikonik memecahkan gitar Hard Rock, pertunjukan bunga api, persembahan ‘Live’ oleh DJ Chinois, Emcees Terry Ong & Azura Zainal dan persembahan kugiran langsung – Hydra, The Sharp 9 dan Mira & Friends.

Tiket bagi acara itu yang berharga RM180 kini boleh didapatkan menerusi https://airasiaredtix.com/tickets/hard-rock-hotel-desaru-coast-grand-opening-party.

Advertisement

Kadar tiket itu termasuk minuman dan barangan kenangan Hard Rock. Tetamu berdaftar di hotel itu boleh masuk secara percuma.

Pengumpul barangan Hard Rock akan dapat menambah koleksi mereka di Rock Shop dengan koleksi edisi terhad termasuk pin sempena pembukaan rasmi, magnet, rantai kunci dan kemeja-T.

Hard Rock Hotel Desaru Coast akan menjadi hotel berinspirasikan muzik kedua di Malaysia selepas Hard Rock Hotel Penang, yang menawarkan empat outlet makanan dan minuman, Rock Shop, Rock Spa dan Roxity Kids Club, antara lainnya.

Advertisement

Bagi maklumat lanjut, boleh layari https://www.hardrockhotels.com/desaru-coast.

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top