BM | EN | 中文

AMK Kota Tinggi, NGO bantu bersihkan rumah mangsa banjir

jingga-13-amk-kota-tinggi-banjir-2021.png
Advertisement

KOTA TINGGI, 17 JAN: Angkatan Muda Keadilan (AMK) Kota Tinggi dengan kerjasama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Jingga 13 bergotong-royong bagi membantu membersihkan rumah mangsa banjir di daerah ini.

Ketua AMK Kota Tinggi, Mohd Fakharuddin berkata, dalam tempoh sebulan ini sudah beberapa kali pihaknya turun padang ke kawasan kampung yang terjejas untuk membersihkan rumah mangsa banjir.

Selain itu, pihaknya dengan kerjasama AMK Malaysia turut menyerahkan bantuan keperluan asas kepada penduduk yang terjejas , antaranya di Kampung Kelantan yang terletak di pinggir sungai.

Advertisement

“Sepanjang musibah banjir melanda Kota Tinggi, rakan-rakan dari NGO seperti Jingga 13 Malaysia antara yang terkehadapan dalam turun padang membantu masyarakat.

“Ramai yang terkesan dengan musibah banjir ini, baik penduduk mahupun peniaga. Semoga ada bantuan yang sewajarnya dihulurkan kepada mereka,” kata Fakharuddin ketika dihubungi.

Dalam pada itu katanya, dalam suasana pasca banjir dan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), pihak yang terkesan dengan musibah ini perlu diberikan bantuan segera.

Advertisement

“Inilah realiti yang mengesankan kita, ramai golongan yang susah dan dhaif, dan musibah banjir tempohari menambahkan lagi luka parah yang membelenggu mereka.

“Harapan kita, agar PKP 2.0, dan tempoh darurat yang dikuatkuasakan ini, golongan susah dan yang terkesan seperti mereka yang dilanda musibah banjir ini mendapat perhatian kerajaan,” ujarnya lagi.

Beliau berkata, kepada pihak yang berhajat untuk membantu atau menyampaikan derma kepada mangsa banjir di Kota Tinggi boleh berbuat demikian dengan menyumbang kepada tabung Parti Keadilan Rakyat (Angkatan Muda Keadilan) di no akaun bank: 2124 39600 10033 (RHB)
(Rujukan Tabung Banjir AMK)

Advertisement

“Didoakan semoga penduduk yang dilanda musibah sentiasa dilindungi Allah, dan dipermudahkan segala urusan mereka.

“Semoga dipermudahkan,” katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top