BM | EN | 中文

AMK Johor sampaikan sumbangan ehsan untuk ringankan beban

akmal-nasir.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 12 JUN: Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Johor, bersama anggotanya di seluruh negeri menghulurkan bantuan Covid-19 berupa bakul berisi makanan keperluan harian kepada masyarakat di beberapa daerah di Johor.

Sejak Perintah Kawalan Pergerakan Penuh dikuatkuasakan ramai yang terkesan menyebabkan ramai yang berdepan kesukaran mendapatkan barangan keperluan harian.

Susulan itu, AMK Johor bersama ketua AMK Malaysia yang juga ahli parlimen Johor Bahru, Akmal Nasir mengambil inisiatif menyerahkan bantuan kepada keluarga yang terkesan dan memerlukan di beberapa daerah di Johor.

Advertisement

Antara kawasan parlimen yang dikunjungi termasuk Johor Bahru, Pasir Gudang, Sekijang, Simpang Renggam, Kluang dan Kulai.

“Sepanjang lockdown kali ini, setiap hari Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Johor Bahru menerima permohonan bantuan serta mendengar permasalahan yang dihadapi.

“Kemampuan kami terhad kepada bantuan makanan asas #FoodbankJB. Walaupun kami tidak galakkan untuk berkunjung ke Pusat Khidmat untuk kurangkan pergerakan, kami kongsikan apa yang ada.

Advertisement

“Selebihnya, petugas dan sukarelawan juga akan menghantar barang-barang keperluan kepada mereka yang memerlukan,” kata Akmal.

Sementara itu, Ketua AMK Pulai, Faezuddin Puad berkata, semakin ramai yang terjejas, putus pendapatan kerana tak boleh berkerja dan perniagaan ditutup.

“Sebagai pembangkang, kita tiada peruntukan tapi tak bermaksud kita hanya berpeluk tubuh lihat orang susah begitu saja.

Advertisement

“Tetap kena usahakan sesuatu dan sehabis baik demi membantu masyarakat,” kata Faezuddin dalam satu kenyataan.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top