BM | EN | 中文

AMK Johor lapor SPRM, gesa buka kertas siasatan terhadap Muhyiddin

amk-johor-sprm-muhyiddin-yassin.jpg

Anggota AMK Johor membuat laporan kepada SPRM pada 4 Jun, gesa buka kertas siasatan terhadap Muhyiddin

Advertisement

JOHOR BAHRU, 6 JUN: Angkatan Muda Keadilan (AMK) Johor membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) berhubung klip audio didakwa mirip suara Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menjanjikan jawatan untuk menarik pemimpin tertentu menyertai kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Laporan tersebut dibuat di ibu pejabat SPRM disini, pada 4 Jun.

Dalam kenyataan dikeluarkan AMK Johor, rakaman yang tular mirip suara Muhyiddin itu bagi tujuan merasuah ahl parlimen dengan habuan jawatan dalam kabinet atau sebagai pengerusi syarikat berkaitan kerajaan (GLC) sebelum berlakunya pertukaran kerajaan Mac lalu.

Advertisement

“Rakaman suara tersebut jelas mempunyai unsur rasuah dalam usaha menubuhkan kerajaan PN,” kenyataan tersebut dipetik.

Sehubungan itu, AMK Johor menggesa agar SPRM membuka segera kertas siasatan terhadap kes ini.

Tambah kenyataan itu, penubuhan kerajaan hari ini melalui tindakan khianat beberapa wakil rakyat yang membelakangkan mandat rakyat kepada Pakatan Harapan pada pilihanraya umum ke-14,

Advertisement

“Adalah amat mendukacitakan sekiranya ia turut diselaputi dengan rasuah jawatan secara besar-besaran.

“Jika ini berlaku, apakah jaminan kerajaan hari ini akan bersikap telus terhadap siasatan dan pendakwaan pemimpin-pemimpin dalam isu rasuah dan salahguna kuasa bagi kes 1MDB, Tabung Haji, Felda dan lain-lain lagi? soalnya.

Kenyataan itu turut menambah, sebagai Perdana Menteri yang juga merupakan ahli parlimen Pagoh dan Adun Gambir, tindakan dilakukan Muhyiddin memalukan rakyat negeri Johor.

Advertisement

“Ambillah pedoman dari saranan DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan johor yang berulang kali menitikberatkan integriti dalam pentadbiran kerajaan,” tambah kenyataan itu lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top