BM | EN | 中文

AMK Johor lapor polis isu Muhyiddin ‘sogok jawatan’ kepada Ku Li

tengku-razaleigh-muhyiddin-yassin.png
Advertisement

JOHOR BAHRU, 17 OKT: Angkatan Muda Keadilan (AMK) Johor hari ini membuat laporan polis terhadap Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin berhubung dakwaan melakukan “sogokan politik” dengan menawarkan jawatan dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) kepada pemimpin veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah.

Laporan itu dibuat susulan dakwaan dibangkitkan dalam surat oleh Tengku Razaleigh Hamzah pada 14 Okt bahawa beliau ditawarkan jawatan penasihat Petronas oleh Muhyiddin.

“AMK Johor membuat laporan polis berasaskan dari satu kenyataan dan surat yang dikeluarkan oleh Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaliegh Hamzah menerusi Twitter dan Facebook.

Advertisement

“Beliau telah memaparkan surat berkenaan, yang menyatakan usul undi tidak percaya, pada perenggan ke- 7 dan juga menyebut bahawa beliau telah ditawarkan jawatan penasihat Petronas daripada Perdana Menteri.

“Kami mendapati perkara ini telah menimbulkan soal integriti seorang pemimpin utama negara. Tindakan ini juga melanggar perlembagaan dan undang undang.

“Oleh demikian, kami telah membuat laporan ke atas Tan Sri Muhyiddin Yasin bagi pihak berkuasa untuk menyiasat tindakan yang mendapati berunsur sogokan politik demi kepentingan kekal berkuasa,” menurut kenyataan AMK Johor.

Advertisement

Terdahulu, satu laporan polis dibuat di IPD Johor Bahru Utara pagi tadi.

“AMK Johor turut kesal dengan Muhyiddin atas tindakan demi ‘political survival’.

“Untuk pengetahuan umum, sejak Perikatan Nasional mengambil alih kerajaan pada Februari lalu, pembangkang telah mendakwa dan membangkitkan isu Tan Sri Muhyiddin Yasin melantik ahli politik dalam GLC untuk menguatkan pengaruhnya,” katanya lagi.

Advertisement

Pada 23 Sept Presiden PKR Anwar Ibrahim mengumumkan mempunyai sokongan kukuh dan meyakinkan daripada ahli parlimen untuk menubuhkan kerajaan pusat.

Beliau turut mendakwa kerajaan PN diketuai Muhyiddin tumbang kerana hilang sokongan majoriti.

Difahamkan sebelum ini Muhyiddin memiliki sokongan 114 ahli parlimen di Dewan Rakyat, iaitu kelebihan hanya tiga kerusi daripada majoriti mudah.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top