BM | EN | 中文

AMK Johor, ‘Foodbank JB’ serah bantuan ke Pagoh, Simpang Renggam dan Tenggara.

amk-johor-bantuan.png
Advertisement

KLUANG, 31 MEI: Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Johor menggerakkan misi bantuan bekalan makanan dan keperluan ke beberapa kawasan di negeri Johor.

Menurut satu kenyataan, antara barangan keperluan yang dihantar termasuk makanan, pelitup muka dan cecair sanitasi kepada anggota sayap parti itu untuk diagihkan kepada orang ramai di kawasan Pagoh, Simpang Renggam dan Tenggara.

Ahli parlimen Johor Bahru merangkap Ketua AMK Malaysia turut menyampaikan sumbangannya melalui inisiatif ‘Foodbank JB’.

Advertisement

“Usai pengagihan, kami ke Felda Ayer Hitam, antara kawasan terjejas pandemik yang mengakibatkan dua kematian terbaharu setakat ini.

“Kawasan ini merupakan kawasan penghujung di bawah parlimen Simpang Renggam untuk menerima 10 set bantuan,” menurut kenyataan itu.

“Persediaan kami membantu keluarga terjejas PKP dan pandemik, dengan ini sedikit sebanyak melancarkan lagi bakti kami kepada masyarakat setempat berterusan sejak bulan Ramadhan yang lalu.

Advertisement

“Sejuta penghargaan diberikan atas kerjasama pihak Balai Polis Simpang Renggam kerana memberi pelepasan dan kami juga mematuhi prosedur SOP sepanjang program ini berlangsung,” kata Firdaus Zainal dari AMK Simpang Renggam.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top