BM | EN | 中文

Aminolhuda seru kerajaan fokus pertanian untuk ekonomi rakyat

Masran-Mansor-dan-Aminolhuda.jpg

BATU PAHAT, 21 OGOS: Adun Parit Yaani, Aminolhuda Hassan hari ini menyeru agar kerajaan memberi fokus kepada bidang pertanian untuk meningkatkan ekonomi rakyat selain menambah pendapatan kepada negeri Johor.

Katanya, beliau turut menggalakkan golongan muda dan mereka yang hilang pendapatan untuk menceburi bidang tersebut sementara kerajaan juga perlu memainkan peranan untuk membantu mereka mengusahakan pertanian di negeri ini.

“Kerajaan perlu memberikan bantuan seperti tanah untuk diusahakan, bantuan subsidi baja, benih dan juga pasaran hasil tanaman mereka. Inisiatif kerajaan perlu tertumpu kepada meringankan bebanan petani baharu.

“Sepatutnya anak muda yang ketika ini sukar untuk mendapatkan kerja boleh menceburi bidang ini dan majukan diri dalam bidang pertanian,” kata Aminolhuda.

Beliau terdahulu melawat kebun buah-buahan tempatan milik Masran Mansor di Parit Jorak Senawi, dekat Batu Pahat.

Kata Aminolhuda, beliau berbangga dengan usaha seorang yang meskipun telah berusia tetapi masih mengusahakan tanaman.

“Kalau kita berbakti pada tanah kita akan dapat hasil yang baik dari titik peluh sendiri.

“Saya juga menyeru pada kerajaan memberikan peluang kepada anak muda yang mempunyai minat untuk berusaha mengusahakan tanah sepertimana Haji Masran ini dan beliau menjadi ikon atau model,” katanya.

Beliau yang juga pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Johor, turut berbangga dengan usaha penduduk Parit Yaani seperti Masran yang berjaya memanfaatkan tanah beliau ke arah bidang pertanian yang berjaya.

Masran Mansor

Sementara itu, Masran Mansor, 78, berkata beliau telah mengusahakan tanamannya sejak 20 tahun lalu.

Katanya kebanyakan hasil dipasarkan di sekitar kawasan kampung dan juga kepada agensi kerajaan yang lain.

“Kawasan ladang saya ini adalah kawasan ladang terbaik di Batu Pahat Tengah dan hasil dari 100 pokok dalam 8 ekar untuk sekali tuai (dianggarkan) di antara 5 hingga 6 tan.

“Aminolhuda banyak memberi sokongan dan mengambil berat petani seperti saya. Beliau turut membantu petani serta faham apa keperluan petani.

“Sekiranya Aminolhuda tak ada, saya ttak pasti orang lain mampu atau tidak menggantikan dan prihatin seperti beliau,” kata Masran lagi.

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top