BM | EN | 中文

Aminolhuda pelawa kerajaan Johor bincang Belanjawan 2021

Aminolhuda-Hassan-Adun-Parit-Yaani-Amanah-Johor.jpg
Advertisement

BATU PAHAT, 27 OKT: Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Johor, Aminolhuda Hassan mempelawa kerajaan Johor untuk berbincang mengenai Belanjawan Johor 2021.

Beliau berkata, kerajaan perlu memanggil semua ketua-ketua parti di Johor bagi memperhalusi langkah dalam merangka belanjawan negeri ini.

“Saya mengesyorkan Menteri Besar (MB) Johor untuk berbincang soal pembentangan Belanjawan Johor 2021 dengan pihak kami dan juga semua parti di negeri ini.

Advertisement

“Apa yang kita mahukan adalah untuk memastikan saluran dana negeri ini dapat dinikmati oleh rakyat dalam berhadapan situasi Covid-19 di negeri ini,” katanya.

Kata Aminolhuda, keadaan politik di Johor dilihat kurang stabil berikutan kedudukan majoriti tipis kerajaan di Dewan Negeri (DUN) yang memerlukan persetujuan dan konsensus dalam merangka belanjawan.

“Fokus kami hanyalah untuk kepentingan rakyat umum selain mengundi untuk meluluskan belanjawan tersebut di sidang Dun yang akan datang,” katanya ketika dihubungi.

Advertisement

Aminolhuda yang juga Ketua Pembangkang Dun Johor turut menjunjung titah Tuanku Yang di-Pertuan Agong untuk membuat “gencatan politik” dalam usaha memerangi pandemik Covid-19.

“Kita menjunjung titah. Apa yang pasti perkara ini demi kebaikan rakyat baik dari segi perkhidmatan dan pengurusan.

“MB perlu berjiwa besar bagi menerima pelawaan ini sebagai suatu cara memudahkan dari belanjawan ini diluluskan ketika pembentangannya nanti.

Advertisement

“Sekali lagi Parti Amanah membuka pintu dalam usaha bersama membangunkan rakyat,” ujarnya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top