BM | EN | 中文

Aminolhuda manfaat pengalaman pendidikan bantu penduduk, anak yatim

a3.jpeg

BATU PAHAT, 23 Feb: Masyarakat diingatkan supaya prihatin serta mengambil peduli masalah orang di sekeliling termasuklah anak yatim dan keluarga yang kesempitan.

Calon Pakatan Harapan (PH) DUN N21 Parit Yaani, Aminolhuda Hasan berkata, anak-anak yatim bukan sahaja memerlukan bantuan dalam bentuk material tetapi juga kasih sayang serta perhatian.

Berkongsi pengalamannya sebagai guru, beliau berkata, kebanyakan anak-anak yatim memang wujud keadaan yang membezakan mereka dengan pelajar lain.

Namun begitu, ujarnya, pihak sekolah perlu memastikan perhatian boleh diberikan kepada golongan pelajar tersebut agar tidak hilang tumpuan dan minat dalam pelajaran.

“Jadi saya cuba bantu anak-anak ini supaya mereka dapat tumpukan pelajaran, pakaian, dapat makanan berkhasiat.

“Begitu juga keluarga yang perlu dibantu. Penting untuk mereka diberi sokongan. Semua orang rezeki berbeza-beza. Jadi kita kena kongsi berkongsi,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam majlis pelancaran Bilik Operasi Utama DUN (BOUD) N21 Parit Yaani di Tongkang Pechah, dekat sini, pagi tadi.

Sepanjang menjadi ADUN selama dua penggal, Aminolhuda memanfaatkan pengalaman dalam bidang pendidikan dan kebajikan untuk memastikan golongan susah di kawasannya menerima bantuan.

“Alhamdulillah, lebih 100 orang anak yatim telah kita bantu dua bulan sekali hasil sumbangan orang ramai,” katanya.

Dalam majlis sama, Presiden AMANAH, Mohamad Sabu diiringi Aminolhuda menyampaikan sumbangan kewangan kepada anak yatim dan wakil keluarga terpilih di bawah program ‘Rice For You’.

Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor diadakan selepas pembubaran DUN pada 23 Januari 2022.

AMANAH yang bertanding di bawah logo PH meletakkan 16 calon termasuk daripada sayap wanita dan pemuda.

Tarikh penamaan calon akan diadakan pada 26 Februari, pengundian awal pada 8 Mac dan pengundian pada 12 Mac.

Seramai 2.6 rakyat Johor layak mengundi pada PRN kali ke-15 ini.

Undian ini penting untuk menentukan masa depan Johor bagi tempoh lima tahun lagi.

Para pengundi yang berada di luar Johor diharapkan pulang mengundi untuk memilih calon wakil rakyat di tempat masing-masing.

Sekiranya pengundi berdepan kesukaran untuk pulang mengundi, sila layari johorngundi.com untuk mendapatkan bantuan atau memberi sumbangan.

Share this post

scroll to top