BM | EN | 中文

Amaran ribut petir di lapan negeri termasuk Johor

hujan-jalan-raya.png

PETALING JAYA, 23 DIS: Jabatan Meteorologi mengeluarkan amaran ribut petir di beberapa negeri termasuk Selangor dan Kuala Lumpur.

Menurut laporan ramalan kajian dikeluarkan jabatan berkenaan, amaran itu membabitkan negeri Selangor (Klang, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang), Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Selain itu, Negeri Sembilan (Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah, Rembau dan Tampin), Melaka, Johor (Tangkak, Muar, Batu Pahat, Pontian, Kulai dan Johor Bahru).

Malah, amaran dikeluarkan di Sarawak (Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Selangau, Mukah dan Bintulu, dan Sabah (Tawau, Lahad Datu, Sandakan, Kinabatangan, Sandakan, Kudat dan Pitas.

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” maklum Jabatan Meteorologi dalam Facebook.

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top