BM | EN | 中文

Amaran hujan berterusan di Terengganu, Pahang, Johor, Kelantan

monsun-hujan-lebat-malaysia-cuaca.jpg

PETALING JAYA, 13 DIS: Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan kategori waspada di Terengganu, Pahang, Johor dan Kelantan.

Amaran hujan berterusan dijangka berlaku sehingga 16 Disember ini melibatkan Terengganu dan Pahang (Kuantan dan Pekan).

Ini diikuti amaran sama sehingga 14 Disember melibatkan Rompin, Pahang selain Johor (Mersing dan Kota Tinggi).

Amaran dari 15 hingga 16 Disember pula melibatkan Kelantan dan Jerantut, Pahang.

Terdahulu Utusan Online memetik METMalaysia yang mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora kategori tiga dengan angin selaju lebih 60 kilometer sejam dan ketinggian ombak melebihi 4.5 meter di Condore dan Barat Reef North.

Amaran kategori dua (angin selaju 50-60 kilometer sejam dan ombak setinggi 3.5-4.5 meter) pula melibatkan Johor Timur, Pahang, Terengganu, Sarawak Barat, Tioman, Utara Bunguran, Timur Reef North, Reef South, Layang-Layang, Labuan dan Palawan.

Amaran kategori pertama (angin selaju 40-5- kilometer sejam dan ketinggian ombak 2.5-3.5 meter) melibatkan Kelantan, Sarawak Utara, Sabah Barat dan Labuan, Sabah Timur, Tenggara Samui, Selatan Bunguran dan Sulu.

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top