BM | EN | 中文

Amaran cuaca waspada, hujan lebat di kebanyakan negeri Semenanjung

Hujan-Ribut-Petir.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 20 Nov — Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran cuaca waspada peringkat kuning dengan hujan lebat dijangka melibatkan negeri-negeri di Semenanjung kecuali Pahang, Melaka dan Johor berkuat kuasa Ahad (22 Nov) sehingga Isnin ini.

Ketua Pengarah MetMalaysia Jailan Simon berkata hujan lebat dijangka berlaku di Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan (Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh & Kuala Krai); Terengganu (Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu & Marang); Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

“Angin kencang barat laut dan timur laut berkelajuan 40 hingga 50 km/jam dengan ombak mencapai 3.5 meter dijangka bertiup di perairan negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Kelantan dan Terengganu dalam tempoh tersebut.

Advertisement

Kejadian ini boleh mendatangkan risiko limpahan air laut di pesisir pantai dan muara sungai kawasan terbabit,” katanya dalam satu kenyataan.

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top