BM | EN | 中文

Amaran cuaca waspada, hujan lebat di beberapa negeri sehingga 19 Dis

hujan-lebat.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 17 disJabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini, mengeluarkan amaran cuaca waspada dengan hujan lebat dijangka berlaku di beberapa negeri.

MetMalaysia dalam satu kenyataan memaklumkan, amaran cuaca waspada itu melibatkan Kelantan, Terengganu, Pahang (Jerantut, Maran, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin) sehingga 19 Dis, sementara Johor (Mersing dan Kota Tinggi) pula sehingga esok (18 Dis).

Selain itu, amaran cuaca yang sama turut melanda Sabah melibatkan Lahad Datu di Tawau, Sandakan (Telupid, Kinabatangan dan Beluran) serta Kudat dalam tempoh dua hari iaitu esok (18 Dis) sehingga 19 Dis.

Advertisement

Bernama

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top