BM | EN | 中文

Amaran cuaca waspada, hujan lebat di beberapa negeri hingga Ahad

monsun-hujan-lebat-malaysia-cuaca.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 19 DIS: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran cuaca waspada dengan hujan lebat dijangka berlaku di seluruh Kelantan dan Terengganu serta beberapa daerah di Pahang dan Johor hingga esok.

Menurut kenyataan MetMalaysia, daerah yang dijangka terlibat di Pahang ialah Jerantut, Maran, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin sementara di Johor pula membabitkan Mersing dan Kota Tinggi.

Amaran sama turut dikeluarkan untuk Sabah melibatkan kawasan pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort dan Nabawan), pantai barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud) dan Kudat serta Labuan hingga 21 Dis (Isnin).

Advertisement

Hujan lebat juga dijangka berlaku di Sarawak iaitu di Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei (Sarikei dan Meradong), Sibu (Sibu dan Selangau), Mukah, Bintulu, Miri (Subis, Miri dan Marudi) dan Limbang bermula esok hingga lusa.

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top