BM | EN | 中文

AMARAN CUACA PERINGKAT MERAH DI MERSING, KOTA TINGGI

hujan-johor.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 14 DIS: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca bahaya (merah) di Mersing dan Kota Tinggi, Johor pada jam 12 tengah hari tadi.

Kedua-dua kawasan itu diramal mengalami hujan yang sangat lebat dijangka berterusan sehingga esok (15 Dis).

Jabatan itu dalam kenyataan turut mengeluarkan amaran cuaca buruk peringkat jingga di tujuh kawasan di Johor iaitu Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai dan Johor Bahru.

Advertisement

Manakala amaran cuaca peringkat waspada (kuning) diumumkan bagi daerah Tangkak sehingga Ahad.

MetMalaysia turut mengeluarkan jadual waktu air pasang hari ini pada paras 3.12 meter di Pulau Tioman pada jam 11.56 malam dan Tanjung Sedili setinggi 2.02 meter pada jam 10.02 pagi.

Kedudukan air pasang di daerah Johor Bahru dicatatkan setinggi 3.15 meter pada jam 1.05 pagi dan 3.23 meter pada jam 12.17 tengah hari manakala Kukup setinggi 2.82 meter jam 12.27 pagi tadi dan 3.74 meter pada jam 11.56 pagi.

Advertisement

Dilaporkan keadaan angin kencang dengan kelajuan 40 hingga 50 km sejam dengan ombak mencapai 3.5 meter dijangka boleh berlaku di perairan Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor Timur dalam tempoh itu.

Kejadian itu boleh mendatangkan risiko limpahan air laut di persisir pantai dan muara sungai di kawasan terbabit.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top