BM | EN | 中文

Amaran cuaca hujan amat lebat di beberapa kawasan di Johor, Pahang esok

hujan-lebat.png
Advertisement

KUALA LUMPUR, 2 JAN: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran cuaca bahaya (merah) di beberapa kawasan di Johor dan Pahang.

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan hujan sangat lebat dijangka berterusan hari ini di Johor iaitu di Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru, manakala hujan lebat dijangka berterusan di Segamat, Batu Pahat, Kluang, Mersing dan Pontian sehingga esok.

Hujan lebat juga dijangka berlaku di Pahang sehingga esok iaitu di Kuantan, Pekan dan Rompin.

Advertisement

Amaran cuaca waspada (kuning) dengan hujan lebat pula dikeluarkan bagi Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong, Temerloh, Maran dan Bera di Pahang serta Kelantan dan Terengganu, manakala di Tangkak dan Muar, Johor sehingga Isnin.

“Amaran sama dikeluarkan di Sabah melibatkan Pantai Barat (Tuaran, Ranau, dan Kota Belud), Sandakan (Telupid, Beluran dan Sandakan) serta Kudat hari ini,” kata kenyataan itu di sini, hari ini.

Bernama

Advertisement

 

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top