BM | EN | 中文

Amaran cuaca buruk, waspada di beberapa negeri termasuk Johor sehingga esok – MetMalaysia

hujan-lebat.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 4 JAN: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran cuaca buruk dengan hujan lebat berterusan dijangka berlaku di Terengganu, Pahang dan Johor sehingga esok.

MetMalaysia dalam kenyataan pada 11.15 pagi memaklumkan kawasan yang dijangka terbabit di Terengganu adalah daerah Kemaman manakala kawasan di Pahang adalah Jerantut, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin serta daerah Mersing di Johor.

Amaran cuaca waspada dengan hujan lebat pula dijangka berlaku di Kelantan dan Terengganu melibatkan daerah Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang dan Dungun.

Advertisement

Keadaan yang sama juga diramalkan berlaku sehingga esok di Pahang (Tanah Tinggi Cameron Highlands, Lipis, Raub, Bentong, Temerloh dan Bera), Johor (Segamat, Kluang, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru), manakala Sabah melibatkan Telupid, Kinabatangan, Beluran, Sandakan serta Kudat.

Bernama

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top