BM | EN | 中文

Amaran cuaca buruk dengan hujan lebat di Mersing dan Kota Tinggi

Hujan-Ribut-Petir.jpg

KUALA LUMPUR, 7 JAN: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) malam tadi mengeluarkan amaran cuaca buruk dengan hujan lebat dijangka berterusan di daerah Mersing dan Kota Tinggi, Johor sehingga hari ini.

MetMalaysia dalam kenyataan pada 11.30 malam memaklumkan amaran cuaca waspada dengan hujan lebat pula diramalkan berlaku di beberapa daerah di Sarawak iaitu Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu dan Mukah sehingga hari ini.

Keadaan sama juga dijangka berlaku sehingga 12 Jan di Pahang, Terengganu (Dungun dan Kemaman) dan Johor (Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai dan Johor Bahru).

Bernama

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top