BM | EN | 中文

Amaran cuaca buruk dan hujan lebat di beberapa negeri sehingga esok, termasuk Johor

hujan-lebat.jpeg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 11 JAN: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran cuaca buruk dan waspada dengan hujan lebat dijangka berlaku di Pahang, Sarawak, Johor dan Sabah, sehingga esok.

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan hujan lebat dijangka berlaku di Pahang melibatkan kawasan Maran, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin, serta Johor di Segamat, Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

“Amaran sama turut dikeluarkan untuk Sarawak membabitkan kawasan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu dan Mukah, manakala di Sabah melibatkan kawasan Pedalaman di Kuala Penyu, Beaufort dan Tambunan, di Sandakan (Telupid dan Sandakan) serta Labuan.

Advertisement

“Hujan lebat juga dijangka berterusan di negeri Sabah melibatkan kawasan Pantai Barat dan Sandakan di Beluran dalam tempoh sama,” menurut kenyataan itu.

Bernama

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top