BM | EN | 中文

Amanah tetap dengan agenda reformasi, jangan ‘ambil’ perompak dan penyamun – MP Pulai

Salahuddin-Ayub-Dewan-Rakyat-MP-Pulai.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 16 NOV: Ahli Parlimen Pulai, Datuk Seri Salahuddin Ayub menegaskan bahawa Parti Amanah Negara (Amanah) akan tetap dengan pendirian bersama agenda reformasi.

Beliau yang merupakan juga Timbalan Presiden Amanah dalam perbahasan Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat menegaskan, sekiranya berlaku pertukaran kerajaan, parti itu akan menjunjung tinggi integriti dan ketelusan dalam pentadbiran.

“Amanah bersama dengan mereka yang mahu membuat reformasi. Semangat reformasi yang ditiupkan bersama dengan kita.

Advertisement

“Amanah tidak bersetuju sekiranya dalam perjalanan ini kita mengambil perompak dan penyamun bersama dengan kita. Itu tidak boleh,” katanya.

Beliau turut mengaitkan perjuangan Nabi Muhammad sebagai panduan dalam usaha mengembalikan semangat kepimpinan yang diterapkan dalam sejarah umat Islam.

“Nabi Muhammad SAW, sangat objektif. Dalam perjalanan hijrah baginda menerima apa yang dikatakan pertolongan dari bukan Islam tetapi Baginda tidak menerima peranan penyamun, perompak yang beragama Islam, itu tidak boleh.

Advertisement

“Itu asabiyah namanya. Mengumpulkan satu bangsa, ketuanan itu, ketuanan ini menegakkan kezaliman dan ini tidak boleh.

“Nabi menerima satu perjanjian Nabi dan orang-orang Mekah walaupun orang bukan Islam dan menjaga kepentingan harta orang bukan Islam.
“Baginda bersama kerana menghimpunkan manusia-manusia yang amanah dan ada intergriti walaupun ada Islam dan bukan Islam.

“Konsep ini mesti segar dalam Malaysia. Insya Allah, sumpah kami sebagai ahli parlimen adalah untuk mempertahankan perlembagaan, demokrasi berparlimen, Raja-raja Melayu dan negara daripada mereka yang khianat, menyeleweng harta negara dan menyebabkan negara terkesan pada hari ini,” ucapnya lagi.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top