BM | EN | 中文

AMANAH Pulai santun rahmah masyarakat India sempena Deepavali

santun-rahmah-AMANAH-Pulai.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 3 NOV: Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Pulai (PKRPP) bersama Parti Amanah Negara (AMANAH) Kawasan Pulai hari ini mengadakan program santun rahmah dengan mengunjungi masayarakat India di kawasan parlimen berkenaan.

Ketua AMANAH kawasan Pulai, Suhaizan Kaiat berkata program itu diadakan bersempena sambutan Deepavali yang bakal menjelang esok.

Beliau yang mewakili ahli parlimen Pulai, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, tujuan program ini adalah bagi meraikan mereka yang kurang berkemampuan agar dalam menyambut hari kebesaran kaum India di negara ini dalam suasana ceria.

Advertisement

“Selain itu kita juga turut menyantun kaum ini bagi mengetahui keadaan mereka dalam berhadapan dengan situasi pasca Covid 19 ketika ini.

“Apa yang kita dapati rata-rata mereka sememangnya terjejas dengan kehadiran pandemik Covid yang melanda hampir 2 tahun,” ujarnya.

Naib Pengerusi Parti Amanah Johor itu turut mengucapkan ribuan terima kasih di atas sambutan kaum India terhadap kehadiran rombongan dari PKRPP dan Parti Amanah Pulai.

Advertisement

“Alhamdulillah kita turut mendengar luahan mereka dalam meneruskan hidup mereka setiap hari dan ada beberapa isu seperti kemudahan awam di kawasan ini.

“Segala permasalahan telah dimaklumkan kepada kami untuk diperbetulkan bagi keselesaan penduduk di sini,” ujarnya lagi.

Program santun rahmah tersebut diadakan di Taman Cempaka, Tampoi Johor Bahru turut dihadiri pegawai khas ahli parlimen Pulai, Norhayati Majid dan jentera parti.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top