BM | EN | 中文

Amanah Pulai lancar misi bantuan banjir

AMANAH-Pulai-lancar-misi-bantuan-banjir-Johor-Bahru-Perling.png
Advertisement

JOHOR BAHRU, 4 JAN: Parti Amanah Negara (Amanah) kawasan Pulai dengan kerjasama Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Pulai semalam melancarkan misi bantuan banjir di kawasan parlimen tersebut.

Misi diketuai Ahli Parlimen Pulai, Datuk Seri Salahuddin Ayub turut membuat lawatan ke Pusat Permindahan Sementara (PPS) serta menyampaikan bantuan kepada mangsa.

Salahuddin memaklumkan sumbangan dalam bentuk wang tunai serta bantuan keperluan telah diagihkan kepada beberapa PPS.

Advertisement

“Bantuan ini bagi meringankan beban yang ditanggung oleh mangsa dan kita telah gerak jentera untuk membantu mangsa yang mengalami keadaan yang sama.

“Selain itu kita juga akan membantu dalam usaha pembersihan serta kerja-kerja membantu yang lain.

“Ada juga di antara jentera kita yang menyediakan masakan dan mengagihkan kepada mangsa di sekitar PPS,” kata Salahuddin.

Advertisement

Beliau sebelum ini menegaskan, masalah perparitan di kawasan bandaraya Johor Bahru perlu diselesaikan dan kerajaan perlu kerap melakukan semakan pada setiap kali musim banjir melanda.

“Sampai bila perkara ini terus berlaku? Asal air pasang dan hujan ada kampung atau kawasan yang banjir.

“Ini suatu perkara yang tidak boleh dibiarkan. Kerajaan perlu mengambil langkah agresif untuk menyelesaikan hal ini.

Advertisement

“Sekali lagi saya tegaskan semakan sistem saliran di sekitar Johor Bahru perlu dilakukan segera agar perkara sebegini tidak berulang.

“Kita juga akan menyusun langkah menyemak semula sistem saliran ini untuk dibawa serta diperjuangkan. Jangan mengambil mudah akan perkara ini,” jelasnya lagi.

Rombongan Salahuddin ke PPS di sekitar parlimen Pulai turut disertai jentera dari parti DAP dan Adun Perling, Cheo Yee How.

Advertisement

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top