BM | EN | 中文

Amanah perlu jadi ikon penyatuan

Huda-Amanah-2.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 22 SEPT: Parti Amanah Negara (Amanah) perlu menjadi ikon penyatuan bagi Pakatan Harapan (PH), kata Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Johor, Aminolhuda Hassan.

Beliau berkata soal kesatuan perlu ditekankan dan melalui gerak kerja bersama akan dapat mengembalikan semula mandat kepada rakyat.

Beliau yang juga merupakan Pengerusi PH Johor berkata, kemenangan yang diperolehi sewaktu pilihanraya umum (PRU) ke-14 yang lalu adalah disebabkan kesatuan antara PH yang jitu sehingga tumbangnya BN selepas memerintah lebih dari 60 tahun.

Advertisement

“Parti Amanah perlu disatukan terlebih dahulu dengan kita mengimbau semula bagaimana perih dan jerih sehingga tertubuhnya parti ini.

“Kini keadaan politik di negara ini kita lihat ia seperti hilang panduan kerana kesatuan itu tidak dijelmakan. Amanah perlu mendepani serta menjadi model bagi penyatuan ini di antara ahli PKR dan DAP sebagai rakan dalam PH.

“Saya yakin sekiranya PH kembali bersatu dan teguh, kita akan mampu menentang BN atau PN atau MN dan tidak kira siapa pun serta mampu menang di Malaysia dan khususnya di Johor ini,” katanya dalam ucapannya di Mesyuarat Amanah Kawasan Pulai, Sabtu lalu

Advertisement

Mesyuarat yang berlangsung di Thistle Hotel itu turut menggamit kenangan malam penisytiharaan 9 Mei 2018 di hotel berkenaan sewaktu menanti keputusan PRU ke-14 lalu.

Tambahnya, rakyat akan mempercayai dan meletakkan harapan kepada sesebuah gabungan atau kesatuan yang jitu.

“Sebagai pemimpin tugas mereka adalah mendepani permasalahan rakyat serta menceburkan diri dalam permasalahan tersebut.

Advertisement

“Bagaimana permasalahan tersebut akan selesai sekiranya kita tidak wujudkan kesatuan itu?

“Perikatan Nasional (PN) yang hari ini tertubuh sedang dan masih bercakaran sama sendiri. Mereka menipu rakyat dengan menyatakan mereka tidak ada janji atau manifesto.

“Itulah pengkhianatan paling besar terhadap rakyat dan sehingga kini rakyat tidak dapat apa-apa dari pembentukan tersebut.

Advertisement

“Harapan saya kepada ahli parti Amanah, kita harus bersatu serta menjadi model kesatuan yang menghubungkan parti komponen lain dalam PH di seluruh negara,” katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top