BM | EN | 中文

Amanah parlimen Pulai rai asnaf di empat kampung

Amanah-Pulai-rai-asnaf-di-empat-kampung-2.jpg

Ketua Amanah Pulai, Abdullah Ideris (kiri) menyampaikan bantuan kepada penerima

Advertisement

JOHOR BAHRU, 6 OGOS: Asnaf dari empat kampung iaitu Kampung Telok Serdang, Kampung Sungai Perling, Kampung Sungai Perling Baru dan Kampung Bakar Batu menerima sumbangan dari Parti Amanah Negara (Amanah) kawasan Pulai.

Menurut Ketuanya, Abdullah Ideris berkata sumbangan itu bertujuan meringankan bebanan dipikul golongan asnaf berhadapan dengan kesan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini.

Katanya, Amanah Pulai sememangnya menitikberatkan perkara tersebut agar semua pihak dapat saling membantu di antara satu sama lain dalam usaha meringankan beban mereka yang kurang berkemampuan.

Advertisement

“Memang sebelum ini sewaktu PKP, Amanah Pulai dan Parlimen Pulai berganding bahu dalam usaha memberi sumbangan kepada golongan asnaf dan yang memerlukan di kawasan ini.

“Kita maklum sewaktu PKP golongan ini adalah yang paling terkesan dengan permasalahan pendapatan.

“Ada di kalangan mereka yang kerja mengambil upah, ada yang kehilangan pendapatan dan pelbagai lagi masalah berlaku.

Advertisement

“Saya berharap dengan usaha ini dapatlah meringankan sedikit bebanan yang ditanggung oleh mereka dan ini antara kebajikan yang kami lakukan di kawasan Pulai,” katanya.

Dalam pada itu, menurut Naib Ketua Amanah kawasan Pulai, Zaaba Ibrahim berkata data penerima ini diperolehi oleh beliau melalui maklumat penduduk di kawasan tempatan.

“Maklumat mereka kita perolehi sewaktu melalui rekod dari pihak kami. Justeru itu kami menyenaraikan nama-nama mereka ini untuk menerima sumbangan dari pihak Amanah Pulai.

Advertisement

“Setakat ini kita tidak pasti sama ada sumbangan dari pihak kerajaan sampai kepada mereka atau tidak.

“Namun melalui pemerhatian pihak kami, mereka ini ada yang terdesak sehingga terpaksa berlapar setiap hari.

“Tanggungjawab kami adalah menyediakan barangan makanan harian atau keperluan asas untuk sedikit sebanyak mengurangkan rasa tekanan yang dihadapi oleh pihak penerima,” katanya.

Advertisement

Program tersebut telah berlangsung di Warong Rakyat Kampung Sungai Perling yang turut dihadiri oleh jentera Amanah Pulai yang dirasmikan oleh Ketua Amanah Pulai.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top