BM | EN | 中文

Amanah Muar cadang adakan konvensyen PH nasional dan negeri

PH-Pakatan-Harapan-PH.jpeg
Advertisement

MUAR, 11 NOV: Parti Amanah Negara (Amanah) Muar, mencadangkan Pakatan Harapan (PH) mengadakan konvensyen bagi pengukuhan gabungan tersebut.

Menurut ketua Amanah kawasan Muar, Malik Mohd Diah, demi kelangsungan gabungan tersebut, konvensyen berkenaan boleh dijadikan medan penyatuan semua parti komponen PH di negara ini.

Malik bagaimanapun tidak menyatakan tarikh dan format konvensyen itu, sama ada dalam tialian ataupun secara fizikal.

Advertisement

Namun katanya, ia perlu bermula di peringkat pusat terlebih dahulu sebelum disusuli konvensyen peringkat negeri dan kawasan-kawasan di seluruh negeri.

“Sejak PH menang ketika PRU 14, tiada konvensyen PH diadakan dan akhirnya selepas dikhianati sehingga kini konvensyen tidak diadakan.

“Kita perlu ‘move on’ dan untuk mengikat tali perpaduan dan keutuhan maka perlunya konvensyen sebegini untuk kita saling mengeratkan penyatuan untuk melawan musuh yang sebenar.

Advertisement

“Kita tidak mahu masing-masing di antara ahli parti saling mendakwa-dakwi atau berprasangka sehingga kekuatan sebenar PH itu akan ditewaskan mudah oleh musuh yang sering menyusun gerak,” katanya ketika dihubungi.

Dalam pada itu beliau turut menyatakan gerak kerja di antara komponen parti dalam PH perlu bermula segera bagi memastikan rakyat dapat semula menerima PH sebagai sebuah gabungan yang kuat.

“Sebelum ini rakyat melihat kita kuat kerana gabungan kita ini meyakinkan. Ini perlu ditonjolkan semula oleh PH.

Advertisement

“Organisasi peringkat negeri dan kawasan atau parlimen perlu juga diperkukuhkan bagi mengadakan gerak kerja berkala untuk meyakinkan kekuatan gabungan kita kepada rakyat.

“Kita harus mencari titik persamaan dan fokus ke arah penyatuan yang menyakinkan rakyat berhadapan dengan pilihan raya umum akan datang,” katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top