BM | EN | 中文

Amanah Ledang umum gantung hubungan dengan PKR

Amanah-PKR-2.jpg
Advertisement

SEGAMAT, 2 MAC: Parti Amanah Negara (Amanah) Ledang hari ini menggantung hubungan dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Ledang.

Perkara itu diumumkan ketua Amanah Ledang, Azhar Ismail yang mewakili jawatankuasa parti kawasan itu.

“Justeru sebagai tanda protes ke atas pengkhianatan Adun Serom dan juga penerimaan PKR, Amanah Ledang memutuskan untuk menggantung hubungan dengan PKR Ledang berkuatkuasa hari ini sehingga diberitahu.

Advertisement

“Amanah Ledang mengecam tindakan Adun Serom yang melompat ke Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan melihat ini tindakan khianat kepada parti yang telah membantu memenangkan beliau semasa PRU14.

“Amanah Ledang juga merasa kesal PKR sanggup menerima Adun Serom. Ini perbuatan tidak beretika dan tidak menjaga adab sesama rakan komponen PH.

“Sepatutnya PKR menasihati Adun Serom supaya kekal jadi Adun Bebas sahaja sehingga tamat penggal atau DUN dibubarkan,” jelasnya dalam kenyataan media beliau.

Advertisement

Dalam pada itu beliau turut menyatakan bahawa PKR dilihat hanya nengambil kesempatan dalam masalah yang berlaku pada parti Amanah.

“Kelihatan daripada situasi ini, ahli-ahli PKR mengambil kesempatan untuk menyerang Amanah dan mengatakan Amanah telah gagal jaga wakil rakyat mereka.

“Walhal situasinya adalah tidak benar. Hakikatnya wakil rakyat ini telah khianat parti dan tidak menghormati parti yang telah mengangkat mereka sebagai calon sewaktu PRU14.

Advertisement

“Parti juga telah bersusah payah bekerja dan berkempen sehingga wakil rakyat ini menang dan menjadi sebahagian kerajaan,” jelasnya lagi.

Sabtu lalu, parti Amanah Johor dikejutkan dengan pengisytiharan tiga Adun dari parti itu yang bertindak keluar parti.

Salah searang dari tiga Adun berkenaan adalah Faizul Amri Adnan, Adun Serom di bawah parlimen Ledang.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top