BM | EN | 中文

Amanah Ledang sedia bantuan barangan keperluan asas kepada 200 keluarga

Amanah-Ledang-bantuan-November-2020.png
Advertisement

LEDANG, 4 NOV: Parti Amanah Negara (Amanah) Ledang bersiap sedia untuk mengagihkan bantuan barangan keperluan asas kepada 200 keluarga di kawasan itu.

Ketua Amanah kawasan Ledang, Azhar Ismail berkata bekalan tersebut adalah untuk diagihkan kepada mereka yang memerlukan dalam usaha meringankan bebanan yang ditanggung oleh mereka.

“Kita maklum bahawa berlaku penambahan pihak yang memerlukan bantuan di kalangan mereka yang terjejas teruk akibat Covid 19 di kawasan Ledang ini.

Advertisement

Azhar Ismail

“Justeru penyediaan awal telah kami lakukan bagi mengedarkan barangan bantuan itu kepada keluarga yang terjejas.

“Alhamdulillah sumbangan dari pihak Parti Amanah Ledang serta orang ramai telah berjaya kami segerakan.

“Insya Allah kami akan edarkan dalam masa terdekat ini,” katanya ketika dihubungi.

Advertisement

Dalam pada itu, naib ketuanya, Lim Chan You yang juga merupakan pengarah program bantuan tersebut menyampaikan ucapan terima kasih serta berbesar hati dengan sumbangan bagi penyediaan bantuan tersebut.

Beliau yang bukan beragama Islam, turut bersemangat membantu golongan yang terjejas teruk akibat Covid 19 di kawasan Ledang.

Beliau pada laman facebook mengungkap kata-kata hikmah dari Saidina Ali dan menulis “Yang bukan saudaramu seiman adalah saudara dalam kemanusiaan (Sayyidina Ali).

Advertisement

“Makin gawat situasi ekonomi negara dan individu di sini.Bantuan yang berkemampuan boleh diagihkan kepada mereka yang memerlukan sesuai dengan tuntutan kemanusiaan sesama kita.

“Terima kasih kepada semua penyumbang dan Parti Amanah Ledang akan meneruskan usaha membantu mereka yang terkesan di kawasan ini,” katanya.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top