BM | EN | 中文

Amanah Ledang mahu lahirkan usahawan tani muda

Azhar-Ismail-Ledang.jpg
Advertisement

LEDANG, 4 OGOS: Pertanian hari ini dilihat mampu menjadi kaedah baharu untuk mendapatkan sumber pendapatan yang baik serta peluang menjana kehidupan pada masa akan datang.

Perkara itu dinyatakan oleh Ketua Parti Amanah Negara (Amanah) kawasan Ledang, Azhar Ismail yang telah memulakan program melahirkan usahawan tani muda di kawasannya.

Menurutnya, untuk peringkat permulaan ini beliau telah menggerakkan pemuda di kawasannya untuk menceburi bidang pertanian seperti penanaman cendawan yang mendapat permintaan tinggi hari ini.

Advertisement

“Alhamdulillah ianya adalah satu langkah kecil bagi pemuda Amanah Ledang memulakan langkah seterusnya. Ini adalah usaha kami bagi membangunkan ekonomi anak muda.

“Semasa ini kita sedang mengalami musibah COVID-19 yang mana kebanyakan mereka hilang punca pendapatan.
“Jadi kita cuba usahakan bagi mereka ini kerja serta mewujudkan sumber pendapatan pada masa akan datang.

“Kami akan membuat beberapa usaha lagi seperti sedikit sokongan modal, ‘networking’ dan pelbagai lagi,” ujarnya.

Beliau turut menyatakan sewaktu Pakatan Harapan (PH) menjadi kerajaan sebelum ini pelbagai hubungan telah dibuat melalui agensi serta jabatan di bawah kerajaan untuk mendapatkan sokongan terhadap pertanian ini.

Advertisement

“Kita telah membina rangkaian dengan pelbagai pihak dan kita cuba meneroka lebih banyak lagi peluang yang ada di daerah ini untuk dikembangkan kepada anak muda di sini.

“Perancangan sudah dibuat di mana kita akan mengambil alih projek-projek terbengkalai sebelum ini.

“Contohnya di kawasan Ledang ini ada jabatan yang membuat rumah cendawan namun ia terbengkalai, jadi kita cuba ambil insiatif itu untuk kita mengambil alih projek berkenaan.

Advertisement

“Kita juga ada mentor cendawan Johor kita untuk memantau segala usaha seperti penanaman cendawan yang kini mendapat sambutan untuk kita meneruskan projek-projek ini,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu, Pemuda Amanah Ledang juga baru-baru ini telah merasmikan rumah cendawan pertama mereka dalam usaha awal untuk menceburi bidang pertanian.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top