BM | EN | 中文

Amanah Ledang desak kerajaan fokus masa depan rakyat

Amanah-Ledang.jpg
Advertisement

SEGAMAT, 27 SEPT: Parti Amanah Negara (Amanah) Ledang menegaskan kepentingan bagi membentuk masa depan negara selepas kejatuhan ekonomi yang dialami negara perlu diberi keutamaan.

Ketua Amanah Ledang, Azhar Ismail turut menyingkap bagaimana usaha kerajaan Pakatan Harapan (PH) sebelum ini ketika mentadbir Johor membawa kesan positif yang banyak kepada rakyat.

Azhar Ismail (kanan) bergambar kenangan bersama seorang perwakilan

“Pencapaian cemerlang di bawah pentadbiran PH yang lalu telah banyak membuka ruang yang baik kepada rakyat di negeri ini.

Advertisement

“Kini selepas kerajaan pengkhianat (Perikatan Nasional – PN) merampas negeri ini, kita dapat lihat mereka seperti tidak mempedulikan rakyat dengan secara menyeluruh.

“Fokus masa depan rakyat seperti nasib pekerja Malaysia di Singapura seperti suam-suam kuku.

“Perhatian tidak ditumpukan dengan secara konkrit. Rakyat kita di sana (Singapura) terpaksa membawa diri mereka secara sendirian apatah lagi yang dibuang kerja kerana tidak dapat kembali ke negara republik itu,” kata Azhar dalam ucapannya.

Advertisement

Beliau turut menyentuh permasalahan sosial yang bakal berlaku di kalangan rakyat di negara ini akibat kejatuhan ekonomi keluarga.

“Kita tidak mahu rakyat di negara mahupun di negeri ini mengemis serta menggadai diri akibat keruntuhan ekonomi akibat kehilangan punca pendapatan sewaktu Covid-19 melanda.

“Saya menyeru kepimpinan kerajaan PN untuk memfokuskan soal ekonomi rakyat secara menyeluruh.

Advertisement

“Bukan hanya mementingkan pentadbiran mereka dengan menyogok Adun mahupun pemimpin di kalangan mereka dengan jawatan semata.

“Sifat mementingkan diri inilah yang akan menghancurkan harapan rakyat dan akhirnya rakyat terus terbiar tanpa santunan atau bantuan yang baik,” katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top