BM | EN | 中文

Amanah Johor tolak cadangan adakan “darurat”

Amanah-Johor.jpg

Wakil-wakil rakyat dan pimpinan Amanah Johor (Gambar Ehsan NST)

Advertisement

JOHOR BAHRU, 24 OKT: Parti Amanah Negara (Amanah) Johor hari ini menolak usaha kerajaan Perikatan Nasional (PN) mencadangkan darurat dibuat di negara ini.

Dalam satu kenyataan media, Pengerusinya, Aminolhuda Hassan berkata perintah darurat ini adalah tidak perlu kerana ia berkemungkinan besar menjejaskan keyakinan pelabur asing dan memberi kesan kepada ekonomi.

Katanya, perkara tersebut boleh menyebabkan rakyat bertambah terbeban dengan kesannya.

Advertisement

“Pelbagai langkah lain yang berkesan untuk mengawal penyakit ini tetapi tidak kurang memberi kesan terhadap ekonomi boleh dilaksanakan.

“Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit 1988 mempunyai peruntukan mencukupi bagi menyediakan langkah pencegahan penyebaran Covid-19 termasuk kuasa untuk membuat peraturan, kawalan pergerakan orang ramai dan menggerakkan pasukan bersenjata sebagaimana yang telah dilaksanakan semasa gelombang pertama dan telahpun terbukti berkesan.

Dalam pada itu katanya, tiada sebarang pelanggaran undang-undang yang dilakukan oleh rakyat sepanjang PKP dan PKPB seperti demontrasi jalanan atau huru-hara dimana-mana bahagian dalam Malaysia yang memerlukan pengistiharan darurat dilaksanakan.

Advertisement

“Amanah menolak perkara ini sekeras-kerasnya kerana darurat yang dicadangkan tersebut adalah lebih kepada cubaan Muhyiddin (Tan Sri) untuk menyelamatkan kedudukan kuasanya dari sebarang ancaman”

“Tiada alasan yang kukuh untuk melakukan darurat di negara ini. Sekiranya ia berkenaan dengan Belanjawan 2021 yang akan dibentangkan dan beliau bimbang berkenaan belanjawan itu tidak diluluskan, itu bermakna beliau sendiri yakin yang dirinya telah hilang majoriti.”

“Cara yang terbaik adalah untuk beliau melepaskan jawatan beliau bukan mengheret negara dan rakyat yang semakin tertekan di negara ini dari terus terjerumus dalam kancah darurat di negara yang aman ini.”

Advertisement

“Ini suatu cadangan yang hanya mementingkan diri dan survival politik sendiri sahaja. Covid 19 hanya dijadikan alasan bagi segala kehendak beliau untuk meraih sokongan rakyat,” katanya.

Beliau yang merupakan Adun Parit Yaani turut menyokong kenyataan Presiden Parti Amanah, Mohammad Sabu yang turut menolak cadangan mengadakan darurat di negara ini.

Tambahnya lagi ketika ditanya mengenai respon rakyat terhadap darurat yang dicadangkan itu, beliau optimis berkenaan dengan kesedaran rakyat untuk menolak cadangan tersebut.

Advertisement

“Semalam terus tular dengan slogan ‘Muhyiddin Out’ di ‘twitter’ dan beberapa media sosial yang lain.”

“Itu menandakan rakyat sedar akan kesannya terhadap ekonomi, sosial dan pelbagai lagi perkara yang berkaitan dengan kehidupan mereka,” katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top